14642486_1850856895142940_7177740507694267533_n

Kami mengajak anda semua untuk sama-sama menyokong usaha kami dalam misi ini bagi membawa perubahan positif dalam kehidupan masyarakat di negara ini. Kempen ini adalah sebagai medium penggerak untuk mengumpul dana kepada golongan yang memerlukan. RM1.24 juta dana bakal disasarkan untuk dikumpul menerusi kempen ini dengan kerjasama beberapa badan amal dan kebajikan untuk dijayakan.
.
Kempen ini dijalankan oleh Persatuan Kembara Negara yang membabitkan wanita daripada pelbagai latar belakang anjuran yang mempunyai pengalaman mendaki bagi mempromosikan gaya hidup sihat serta budaya berkongsi rezeki bersama golongan yang kurang bernasib baik. 8 wanita termasuk bekas pesakit kanser payudara bakal menggalas cabaran mendaki Gunung ElbrusRussia setinggi 5,642 meter pada Ogos tahun depan. Ekspedisi yang mencabar ini adalah refleksi semangat juang bagi mengharungi pelbagai dugaan hidup melalui kesanggupan pendaki menyahut cabaran serta menggalas tanggungjawab menyelesaikan misi.

Teruskan sokongan anda!
Ikuti segala perkembangan terkini dilaman rasmi & laman sosial kerana sokongan anda juga mengiringi sejarah Malaysia!

Instagram : @SrikandiPrihatin
Twitter : @KembaraNegara
Email: kembarasrikandiprihatin@gmail.com
www.kembaranegara.com

#KembaraSrikandiPrihatin
#MakingLifeAnAdventure